Mengapakah islam melarang
perkahwinan sejenis ?????
Islam itu indah dan mulia . Setiap manusia pasti ingin
menjalinkan hubungan perkahwinan dan bercinta antara perempuan dan lelaki.
Namun, ada juga pasangan yang suka akan kaum sejenis yang dipanggil homoseksual
. Kisah ini juga pernah diceritakan dalam Al-Quran , iaitu kisah kaum
Nabi Luth a.s yang dilaknat oleh Allah.
Allah amat murka akan orang yang menolak fitrahNya.
Ini kerana, terdapat banyak kesan negatif yang terhasil dari situasi ini .
Antaranya, islam menyarankan kita meningkatkan zuriat untuk melahirkan
generasi yang baharu . Namun , pasangan homoseksual ini akan memberi jurang
yang besar sekiranya agenda ini berleluasa.
Selain itu, Islam melarang melakukan hubungan seks
melalui dubur hatta oleh pasangan suami isteri. Hal ini kerana Allah mencipta
dubur bukan untuk saluran seks. Namun, pasangan sejenis lelaki dan lelaki
akan melakukan demikian bagi memuaskan nafsu mereka. Hal ini memudahkan mereka
terjangkiti penyakit yang berbahaya seperti aids, buasir dan penyakit kuman
yang merbahaya.
Seterusnya, wanita dijadikan daripada salah satu
tulang rusuk lelaki. Maka dari itu, seorang lelaki perlu adanya wanita
disampingnya kerana masing-masing akan melengkapi antara satu sama lain.
Setiap pasangan yang terwujud bukannya focus kepada penambahan zuriat
semata-mata. Walhal, sekiranya dalam pasangan kita boleh beradu kasih,
bermanja-manja dan saling melengkapi kekurangan.
Setiap jantina ada emosi
tersendiri, contohnya wanita mempunyai sensitiv yang amat kuat maka itu
lelaki perlu fahaminya. Kemajuan teknologi yang makin pesat membolehkan apa
yang mustahil terjadi. Anak daripada pasangan sejenis boleh terhasil dengan
adanya bayi tabung. Cuba kita fikirkan sekiranya bayi itu sudah besar ,
psikologi mereka akan terganggu dan akan meneruskan hubungan ini selanjutnya
kerana orang tuanya sedemikian. Selain itu, mereka akan tersisih dari
masyarakat dan terwujudnya persalah fahaman mengenai yang manakah ibu dan yang
manakah bapa.
Sejurus dengan kisah kaum Nabi Luth yang melakukan
amalan homoseksual yang akhirnya dilaknat oleh Allah dengan diterbalikkan tanah
kepada meraka dan automatiknya terhapus kaum tersebut dari muka bumi ini. Namun, amalan ini makin berleluasa sejak akhir-akhir ini dan ada sesetengah
negara dan agama yang menghalakan perkahwinan sejenis.
No comments:
Post a Comment