Friday, 19 January 2018

Kesimpulan

💓Kesimpulan yang dapat diperolehi ialah, setiap makhluk yang diciptakan oleh Allah S.W.T  mempunyai pasangannya masing-masing seperti mana wujudnya Hawa untuk menjadi pasangan buat Nabi Adam dan bagaimana sejarah ini menunjukkan fitrah manusia berpasangan perlulah diantara lelaki dan perempuan. Selain itu, kita juga memperolehi idea mengapa Islam melarang perkahwinan sejenis, iaitu sudah pasti kerana ianya banyak mendatangkan keburukan bukan sahaja buat individu malah masyarakat, agama, dan negara. Pada masa kini isu "Pondan" ataupun maknyah semakin menjadi topik hangat di kalangan masyarakat kita dan ini boleh memberi pengaruh negetif buat belia muda di negara kita. Namun begitu, hal ini seolah-olah dipandang enteng dan tidak di ambil serius oleh sesetengah pihak.  Oleh itu, masyarakat kini perlulah mengambil langkah yang bijak bagi menangani masalah ini supaya masalah ini dapat dibendung dan anak-anak muda kita tidak mudah terpengaruh dengan idea seperti ini.






No comments:

Post a Comment