Sejarah Penciptaan Nabi Adam dan
Pasangannya Hawa
Nabi Adam diciptakan melalui tanah, dan
tanah yang digunakan itu pula berbeza beza untuk setiap anggota badan.
Kemudiannya Allah S.W.T telah memaksa roh untuk masuk kedalam bentuk tanah
tersebut kerana roh telah memandang tanah sebagai sehina-hina ciptaan.
Terciptanya Nabi Adam membuatkan banyak makhluk mempersoalkan kejadiannya.
Contohnya Malaikat yang sempurna kejadiannya yang hanya tunduk dan akur akan
perintah dan suruhan Allah manakala Iblis pula bongkak dengan kejadiannya yang
tercipta daripada api. Sebutan pertama yang telah diajarkan oleh Allah S.W.T
kepada Nabi Adam ialah "Alhamdulillah".
Terhasilnya Hawa, apabila Nabi Adam
menginginkan seseorang untuk menemaninya di syurga kerana dirinya berasa
kesunyiaan. Dengan kebesaran kuasa Allah S.W.T
terciptanya Hawa daripada tulang rusuk kiri Nabi Adam sebagai peneman
buat Nabi Adam di syurga. Hawa dicipta sewaktu Nabi Adam sedang tidur, sehingga beliau bangun Hawa sudah berada disisinya. Allah menciptakan Hawa bertujuan untuk mendampingi, memberi kebahagiaan dan mengisi keperluan hidup Nabi Adam bersesuai dengan kehendak Allah.
Nabi Adam dan Hawa ditempatkan didalam syurga dan diberi kemewahan yang melimpah. Namun begitu Allah telah melarang Nabi Adam dan Hawa untuk tidak sesekali memakan buah dari sepohon pokok yang berada didalam syurga. Kecelakaan akan menimpa sekiranya Nabi Adam dan Hawa memakan buah tersebut akan membuatkan mereka termasuk dalam golongan orang yang zalim. Iblis ialah musuh yang akan memujuk dan menheret Nabi Adam dan Hawa untuk keluar dari syurga sehingga kebahagian yang dinikmati ini tidak dapat dirasakan lagi.
Iblis mengetahui bahawa Allah melarang Nabi Adam dan Hawa untuk makan buah Kuldi menyebabkan Iblis memutuskan untuk menghasut Nabi Adan dan Hawa untuk makan buah tersebut. Iblis melakukan hal ini kerana berasa marah akibat dikutuk dan dilaknat selama-lamanya dan diusir dari singgahsananya. Pelbagai helah dan kata-kata manis digunakan oleh Iblis untuk menyakinkan Nabi Adam dan Hawa untuk memakan buah kuldi tersebut. Iblis menyatakan sekiranya mereka memakan buah tersebut mereka akan kekal bahagia dan akan menjadi malaikat. Tipu helah yang digunakan oleh Iblis telah berjaya manarik minat Hawa dan Nabi Adam untuk merasa buah tersebut.
Akibat daripada melanggar perintah Allah, Nabi Adam dan Hawa telah merasa menyesal lalu mereka memohon ampun daripada Allah akibat dosa yang telah dilakukan oleh mereka. Keampunan mereka telah diterima, namun begitu nikmat kesenangan mereka telah ditarik lalu sebagai hukuman mereka telah dicampak ke bumi. Hukuman ini telah menyebabkan Nabi Adam dan Hawa terpisah dalam tempoh masa yang lama dan telah bertemu kembali di Jabal Rahmah, Arafah.

Jabal Rahmah |
No comments:
Post a Comment