Friday, 19 January 2018

Home




DUA 2012 

Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam 

Kelas :

DET 2B 

Tajuk :

Terciptanya Makhluk Allah Secara Berpasangan

Kepada :

Encik Mohd Khir Johari Bin Abas 

Daripada : 

Nama
No. Matrik
Nur Aini Binti Zulkarnain
15DET17F1040
Nur Amni Wahida Binti Mohd Noor
15DET17F1043
Nor Hidayah Binti Mohd Aziz
15DET17F1037
Muhd Nazrul Bin Nazar
15DET17F1036


Isi kandungan


Muka Surat


Perkara

1.        
Home
2.        
Isi Kandungan
3.        
Pengenalan
4.        
Objektif
5.        
Intisari Surah Al-Hujurat 49:13
6.        
Penciptaan Nab Adam dan Pasangannya Hawa
7.        
Perkahwinan Sejenis
8.        
Kesimpulan

Pengenalan

Kumpulan kami telah ditugaskan untuk menghasilkan e-folio mengenai makhluk Allah S.W.T yang dicipta secara berpasang-pasangan melalui intisari Surah Al-Hujurat 49:13, kisah penciptaan Nabi Adam dan pasangannya Hawa dan mengapakah islam melarang perkahwinan sejenis dan kaitannya perkahwinan sejenis ini dengan kisah kaum Nabi Luth .

Objektif

Objektif yang perlu diperoleh :


  • Mengetahui apakah yang disampaikan oleh Allah  melalui Surah Al-Hujurat
  • Mengenai kisah penciptaan Nabi Adam dan pasangannya Hawa 
  • Mendedahkan sebab dan keburukan mengapa Islam melarang perkahwinan sejenis dan kaitannya dengan kisah Nabi Luth 

Intisari Surah Al-Hujurat 49:13






Maksudnya : “Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu ialah orang yang paling bertaqwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” (Q.S Al-Hujurat : 13)

Intisari ayat :
Intisari yang kami fahami daripada ayat diatas ialah Allah telah menciptakan manusia daripada pelbagai kaum, bangsa, warna kulit dan darjat yang berbeza-beza. Secara umumnya masyarakat kini memandang manusia yang memiliki darjat, harta dan rupa, sebagai manusia yang mulia dan seharusnya disanjung manakala yang sebaliknya dipandang hina. Namun begitu, Allah telah menyatakan dalam ayat 13 Surah Al Hujurat bahawa orang yang paling mulia dikalangan manusia yang terdapat di bumi ini ialah manusia yang bertaqwa. Manusia yang bertaqwa ialah manusia yang beriman dan mematuhi perintah-Nya dan meninggalkan larangannya. 

Penciptaan Nabi Adam Dan Pasangannya Hawa

Sejarah Penciptaan Nabi Adam dan Pasangannya Hawa



Nabi Adam diciptakan melalui tanah, dan tanah yang digunakan itu pula berbeza beza untuk setiap anggota badan. Kemudiannya Allah S.W.T telah memaksa roh untuk masuk kedalam bentuk tanah tersebut kerana roh telah memandang tanah sebagai sehina-hina ciptaan. Terciptanya Nabi Adam membuatkan banyak makhluk mempersoalkan kejadiannya. Contohnya Malaikat yang sempurna kejadiannya yang hanya tunduk dan akur akan perintah dan suruhan Allah manakala Iblis pula bongkak dengan kejadiannya yang tercipta daripada api. Sebutan pertama yang telah diajarkan oleh Allah S.W.T kepada Nabi Adam ialah "Alhamdulillah".



Terhasilnya Hawa, apabila Nabi Adam menginginkan seseorang untuk menemaninya di syurga kerana dirinya berasa kesunyiaan. Dengan kebesaran kuasa Allah S.W.T  terciptanya Hawa daripada tulang rusuk kiri Nabi Adam sebagai peneman buat Nabi Adam di syurga. Hawa dicipta sewaktu Nabi Adam sedang tidur, sehingga beliau bangun Hawa sudah berada disisinya. Allah menciptakan Hawa bertujuan untuk mendampingi, memberi kebahagiaan dan mengisi keperluan hidup Nabi Adam bersesuai dengan kehendak Allah.


Nabi Adam dan Hawa ditempatkan didalam syurga dan diberi kemewahan yang melimpah. Namun begitu Allah telah melarang Nabi Adam dan Hawa untuk tidak sesekali memakan buah dari sepohon pokok yang berada didalam syurga. Kecelakaan akan menimpa sekiranya Nabi Adam dan Hawa memakan buah tersebut akan membuatkan mereka termasuk dalam golongan orang yang zalim. Iblis ialah musuh yang akan memujuk dan menheret Nabi Adam dan Hawa untuk keluar dari syurga sehingga kebahagian yang dinikmati ini tidak dapat dirasakan lagi.


Iblis mengetahui bahawa Allah melarang Nabi Adam dan Hawa untuk makan buah Kuldi menyebabkan Iblis memutuskan untuk menghasut Nabi Adan dan Hawa untuk makan buah tersebut. Iblis melakukan hal ini kerana berasa marah akibat dikutuk dan dilaknat selama-lamanya dan diusir dari singgahsananya. Pelbagai helah dan kata-kata manis digunakan oleh Iblis untuk menyakinkan Nabi Adam dan Hawa untuk memakan buah kuldi tersebut. Iblis menyatakan sekiranya mereka memakan buah tersebut mereka akan kekal bahagia dan akan menjadi malaikat. Tipu helah yang digunakan oleh Iblis telah berjaya manarik minat Hawa dan Nabi Adam untuk merasa buah tersebut.


Akibat daripada melanggar perintah Allah, Nabi Adam dan Hawa telah merasa menyesal lalu mereka memohon ampun daripada Allah akibat dosa yang telah dilakukan oleh mereka. Keampunan mereka telah diterima, namun begitu nikmat kesenangan mereka telah ditarik lalu sebagai hukuman mereka telah dicampak ke bumi. Hukuman ini telah menyebabkan Nabi Adam dan Hawa terpisah dalam tempoh masa yang lama dan telah bertemu kembali di Jabal Rahmah, Arafah.



Jabal Rahmah





  Bukit Cinta, Tempat Pertemuan Nabi Adam Dan Hawa (Jabal Rahmah)




Perkahwinan Sejenis

Mengapakah islam melarang perkahwinan sejenis ?????

Islam itu indah dan mulia . Setiap manusia pasti ingin menjalinkan hubungan perkahwinan dan bercinta antara perempuan dan lelaki. Namun, ada juga pasangan yang suka akan kaum sejenis yang dipanggil homoseksual . Kisah ini juga pernah diceritakan dalam     Al-Quran , iaitu kisah kaum Nabi Luth a.s yang dilaknat oleh Allah.

Allah amat murka akan orang yang menolak fitrahNya. Ini kerana, terdapat banyak kesan negatif yang terhasil dari situasi ini . Antaranya, islam menyarankan kita meningkatkan zuriat untuk melahirkan generasi yang baharu . Namun , pasangan homoseksual ini akan memberi jurang yang besar sekiranya agenda ini berleluasa.

Selain itu, Islam melarang melakukan hubungan seks melalui dubur hatta oleh pasangan suami isteri. Hal ini kerana Allah mencipta dubur bukan untuk saluran seks. Namun, pasangan sejenis lelaki dan lelaki akan melakukan demikian bagi memuaskan nafsu mereka. Hal ini memudahkan mereka terjangkiti penyakit yang berbahaya seperti aids, buasir dan penyakit kuman yang merbahaya.

Seterusnya, wanita dijadikan daripada salah satu tulang rusuk lelaki. Maka dari itu, seorang lelaki perlu adanya wanita disampingnya kerana masing-masing akan melengkapi antara satu sama lain. Setiap pasangan yang terwujud bukannya focus kepada penambahan zuriat semata-mata. Walhal, sekiranya dalam pasangan kita boleh beradu kasih, bermanja-manja dan saling melengkapi kekurangan. 

Setiap jantina ada emosi tersendiri, contohnya wanita mempunyai sensitiv yang amat kuat maka itu lelaki perlu fahaminya. Kemajuan teknologi yang makin pesat membolehkan apa yang mustahil terjadi. Anak daripada pasangan sejenis boleh terhasil dengan adanya bayi tabung. Cuba kita fikirkan sekiranya bayi itu sudah besar , psikologi mereka akan terganggu dan akan meneruskan hubungan ini selanjutnya kerana orang tuanya sedemikian. Selain itu, mereka akan tersisih dari masyarakat dan terwujudnya persalah fahaman mengenai yang manakah ibu dan yang manakah bapa.



Sejurus dengan kisah kaum Nabi Luth yang melakukan amalan homoseksual yang akhirnya dilaknat oleh Allah dengan diterbalikkan tanah kepada meraka dan automatiknya terhapus kaum tersebut dari  muka bumi ini. Namun, amalan ini makin berleluasa sejak akhir-akhir ini dan ada sesetengah negara dan agama yang menghalakan perkahwinan sejenis.

Perkahwinan sejenis



Hukum Gay Dalam Islam... ᴴᴰ I Ustaz Anwar Hussain




Kesimpulan

💓Kesimpulan yang dapat diperolehi ialah, setiap makhluk yang diciptakan oleh Allah S.W.T  mempunyai pasangannya masing-masing seperti mana wujudnya Hawa untuk menjadi pasangan buat Nabi Adam dan bagaimana sejarah ini menunjukkan fitrah manusia berpasangan perlulah diantara lelaki dan perempuan. Selain itu, kita juga memperolehi idea mengapa Islam melarang perkahwinan sejenis, iaitu sudah pasti kerana ianya banyak mendatangkan keburukan bukan sahaja buat individu malah masyarakat, agama, dan negara. Pada masa kini isu "Pondan" ataupun maknyah semakin menjadi topik hangat di kalangan masyarakat kita dan ini boleh memberi pengaruh negetif buat belia muda di negara kita. Namun begitu, hal ini seolah-olah dipandang enteng dan tidak di ambil serius oleh sesetengah pihak.  Oleh itu, masyarakat kini perlulah mengambil langkah yang bijak bagi menangani masalah ini supaya masalah ini dapat dibendung dan anak-anak muda kita tidak mudah terpengaruh dengan idea seperti ini.